Posted by Noraidi On 11:27 PG


Masjid Abu Bakar. Masjid lama sebelum apa yang kita lihat sekarang.

Pekan Sehari Temerloh -Pandangan dari Jalan Istana

Posted by Noraidi On 10:19 PTG


Salah satu kawasan Pekan Sehari Temerloh. Jalan Istana. Di sinilah aktiviti perniagaan sayur kampung dan daging diadakan. Sekarang ini, ianya digantikan dengan gerai konkrit oleh Pihak Berkuasa Tempatan.....

Pekan Sehari Temerloh

Posted by Noraidi On 10:11 PTG


Gambar ini dipercayai dirakamkan di Pekan Sehari Temerloh dalam tahun 1937. Pekan sehari ini telah diiktiraf sebagai pekan sehari yang terpanjang di Semenajung Malaysia. Ianya sehingga kini menjadi mercutanda Temerloh hingga ke hari ini.

Posted by Noraidi On 10:05 PTG


Jalan Tengku Bakar. Ianya adalah merupakan kawasan warisan sejarah sepertimana yang telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2007-2015. Ini bermakna sebarang bentuk tambahan dan pindaan pada bangunan perlu mengekalkan fasad yang asal.....

SUMBANGAN : haziss.wordpress.com

Posted by Noraidi On 8:32 PG


Victory Park 1945. Tinggalan sejarah ini telah diberi imej baru oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Namun dapat dilihat ianya kurang diberi perhatian. Perindahkanlah ia agar nostalgia kembali segar. Ianya telah diberi nama baru "TAMAN KENANGAN"

SUMBER GAMBAR: KELAB TEMERLOH KOI

Posted by Noraidi On 8:29 PG


Upacara perasmian Jambatan Ahmad Shah.

Posted by Noraidi On 8:22 PG


Jambatan Ahmad Shah dibina bagi menggantikan jambatan sediada yang dikenalpasti tidak berupaya menghadapi kenaikan paras air Sungai Pahang.


Persimpangan Jalan Tan Sri Yahya dan Jalan Ahmad Shah. Bangunan kayu setingkat sudah tiada lagi. Ianya telah diganti dengan bangunan kedai batu 2 hingga 3 tingkat. Temerloh semakin berubah dan terus berubah.

SUMBER GAMBAR: KELAB TEMERLOH KOI

Jalan Ibrahim, Temerloh

Posted by Noraidi On 12:23 PG


Jalan Ibrahim. Deretan kedai di sebelah kiri masih lagi bangunan papan. Di sebelah kanannya pula adalah stesen bas (Hotel Ban Hin).

GAMBAR SUMBER: KELAB TEMERLOH KOI

Posted by Noraidi On 12:09 PG


Gambar diambil dari Pejabat Tanah Dan Daerah Temerloh. Suasana masih lagi dalam musim banjir 1971. Dapat dilihat dengan jelas, Masjid Abu Bakar, Lurah Semantan dan Pusat Latihan JAIP.

GAMBAR SUMBER: KELAB TEMERLOH KOI

Posted by Noraidi On 12:04 PG


Juga di waktu banjir tahun 1971. Gambar diambil dari Jalan Ahmad Shah. Waktu ini, Dewan Tun Razak sedang dalam pembinaan. Jika dilihat, kolam sepertimana di dalam gambar masih lagi kekal terpelihara.

GAMBAR SUMBER: KELAB TEMERLOH KOI

Posted by Noraidi On 11:27 PTG


Gambar ini menunjukkan Masjid Abu Bakar dari Jalan Ahmad Shah, Bandar Temerloh semasa kejadian banjir besar pada tahun 1971. Dapat dilihat melalui gambar ini, Lurah Semantan yang pada masa ini adalah merupakan deretan kedai-kedai, stesen bas, stesen minyak Petronas, perhentian teksi dan Baazar Temerloh dipenuhi dengan air.

Posted by Noraidi On 11:03 PTG


Juga gambar menunjukkan banjir besar di Jalan Triang iaitu di Stesen Minyak Esso sekitar tahun 1971. Jambatan Sultan Ahmad Shah masih lagi belum dibina.

SUMBER GAMBAR: KELAB TEMERLOH KOI